Friday, August 29, 2014

Ayam masak lemak berkerisik


Salam Jumaat semua... hari Jumaat waktu rehat agak panjang jadi sempatlah k.gee balik ke rumah dan memasak lauk pauk untuk makan tengahari... Masak satu lauk sahaja tetapi 2 in 1... ayam kahwin dengan kacang buncis... tak perlu lagi masak sayur... hehehe 


Masak lemak cili padi memang lauk kegemaran kami sekeluarga... gandingkan dengan nasi panas, sayur goreng dan telur masin... kalau ada berbaki, esoknya boleh dicicah lempeng, roti canai atau roti... memang berselera kami sekeluarga... Resepi ini hasil skodeng dapor Kak Ummi HSH jiran taman sebelah....


AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKERISEK

Resepi: Ummi Home Sweet Home

Bahan:-

•1 ekor ayam - dipotong 12 - 14 ketul/ikut suka
•2 cawan santan cair
•1 1/2 cawan santan pekat
•2 keping asam gelugur
•3 sudu besar kerisek
•garam secukup rasa
•sedikit gula (ikut suka, x letak pun xpa kalau nak pedas)
•2 helai daun kunyit - dibuang bhg tengahnya dan simpulkan
•5 batang serai - diketuk
•sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar/tumbuk lumat:-

•8 tangkai cili padi hijau
•4 tangkai cili padi merah
•8 ulas bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1 inci kunyit hidup
•1 cm lengkuas (lg kurang pun xpa)

Cara Memasak:-

1.Ayam dibersihkan dan toskan.

2.Panaskan minyak dalam periuk/caserol/kuali sesuai, tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk tadi. Kacau hingga naik bau.

3.Masukkan ayam dan balik-balikkan. Masak hingga air ayam sedikit kering.

4.Masukkan santan cair, daun kunyit dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.

5.Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak lagi hingga ayam empuk.

6.Kemudian masukkan santan pekat dan kerisek dan masak hingga kuah agak pekat dan seimbangkan rasanya.  * k.gee masukkan sayur kacang buncis, kacau sekejap.
7.Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.



Jemputlah...


Thursday, August 28, 2014

Kuih Seri Muka comot...


Jeles tau tengok kuih serimuka jagung si Ita Masam Manis... terus selongkar almari dapur cari jagung manis dalam tin yang dibeli sewaktu bulan puasa baru-baru ini... alamak! sudah dibuat puding jagung rupanya... tapi teringin benar nak makan kuih seri muka... terbayang-bayang rasanya yang lemak manis... kebetulan  beras pulut dan santan kotak pun ada... pokok pandan yang merimbun belakang rumah pun ada... nampaknya misi kuih seri muka harus diteruskan...


Kali ini k.gee menggunakan resipi Chef Hanieliza cuma ada sedikit derhaka... tepung kastad k.gee gantikan dengan tepung jagung... itu pasal seri muka jadi comot kot...? maaf yer kak Liza... tepung kastad sudah kehabisan stok... hehehe


KUIH SERIMUKA PANDAN
Resepi : Chef Hanieliza

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut

2 1/2 cawan santan cair + sikit garam


Cara

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.

2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.

3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.

4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.

5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.



Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat

1 cawan jus pandan + warna hijau

3/4 cawan gula

3/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung kastad (k.gee gantikan 2 sudu tepung jagung)

1 biji telur

1 sudu kecil garam


Cara

1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.

2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.

3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
 

Tak berseri pun tak mengapalah...
asalkan sedap dimakan, kan... hehehe


Wednesday, August 27, 2014

Sambal telur hancur


Sambal telur hancur biasanya menjadi menu pilihan bila tiada idea nak sediakan hidangan apa... menu campak-campak kata orang...ringkas dan mudah... tapi ada juga yang memang gemarkan sambal telur hancur untuk dimakan bersama roti atau lempeng kelapa... Apa-apa pun janji kenyang perut... tak gitu?



Sambal telur hancur dari k.gee ini versi pedas berapi sebab k.gee menggunakan segenggam cili padi atau cili api bukan cili kering atau cili merah... dan bawangnya dilebihkan bagi menyeimbangkan darjah kepedasan cili padi itu... memang pedas tapi saya suka.. saya suka!!!



SAMBAL TELUR HANCUR

3 biji telur
10 biji cili padi
2 biji bawang besar
(1 bj blend bersama cili padi, 1 biji lagi hiris bulat)
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara :

Mula² tumis cili padi dan bawang yang dikisar/tumbuk.  Kacau2 dan perasakan dengan garam.  Tambahkan sos tiram dan bawang hiris.  Pecahkan telur terus ke dalam kuali tadi dan biarkan membeku sedikit baru dikacau.  Gaul rata dan siap!

p/s : kalau suka boleh juga telur digoreng asing dan kemudian baru dicampur sambalnya dan hancur2kan...  
 

Jemput makan tengahari...

Monday, August 25, 2014

Kuih Lapis Warisan


Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan



Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa

Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki



Aku

Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini



Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
MALAYSIA YANG KE 57...!

Resipi boleh rujuk di SINI yer...
hehe kuih lapis comot...

Thursday, August 21, 2014

Kek Pisang super lembut


Assalamualaikum... hampir penghujung Syawal rupanya tapi masih banyak lagi jemputan open house raya... hari hari jamuan raya menu kambing panggang.... adoiii!!! semerbak baunya... tapi bau kek pisang k.gee lagi semerbak harum.... satu rumah kembang kempis lubang hidung dek aroma kek pisang resipi skodeng dapor Mek Ganu Secubit Garam yang rajin berkebun sayur tu... apa khabar Mek..? hehehe...


"Sedapnya kek pisang ni..." puji incik Laling k.gee sebaik sahaja sepotong kek disuap ke mulut...  sekali lagi kembang kempis lubang hidung tukang masak bila dapat pujian... hehehe... Memang serius sedap dengan teksturnya yang lembut dan gebu... Terima kasih kepada penyumbang resipinya Sofinar, Nor Secubit Garam, Hana Memories dan kawan-kawan yang sudah mencuba resipi ini dengan gaya memasing... k.gee minta izin kongsikan resipinya di sini yer... Lain kali boleh buat lagi...    



KEK PISANG
Resipi asal : Sofinar

sumber: HanaMemories

Bahan-bahan

150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang

180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)

180g gula halus - klu nk kek kaler keperangan gune gula perang

3 biji telor

120ml minyak masak

1 sudu teh ovelate

1 sudu teh soda bikabonat

1 sudu teh baking powder

secubit garam

(hana tambah susu segar 2 sudu besar dan badam flakes)


Cara-cara

campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih

masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit

pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.



Sangat sedap... cubalah

Friday, August 15, 2014

Pulut sambal bilis


Pulut memang menu kegemaran anak-anak k.gee... Biasanya pada hujung minggu k.gee akan masak pulut versi tanak dan digandingkan bersama sambal ikan bilis... sambalnya agak pekat dan kering dan ikan bilisnya digoreng garing... Kalau suka boleh juga pulut tanak dimakan bersama ikan masin, telur dadar, serunding atau pulut digaul nyiur...


Orang kata makan pulut mengakibatkan mata mengantuk dan badan jadi lesu... betul ke?  dan ada pulak yang mengatakan kalau rajin makan pulut boleh menghaluskan kulit dan kulit jadi cantik macam orang Siam   wallahu’alam...


PULUT SAMBAL BILIS

500gm pulut susu

Air secukupnya

Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, agak-agak sama paras dengan beras. Masak dengan api perlahan.


SAMBAL BILIS

Bahan-bahan :


•2 genggam ikan bilis (digoreng garing dan ketepikan)
•20 biji cili kering (direbus dan dikisar)
•2-3 biji bawang merah kisar
•1 sudu sos tiram
•garam dan gula secukup rasa
•minyak untuk menumis
•Asam keping

Cara:

•Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan cili kisar sehingga garing. Masukkan sedikit gula, sedikit garam dan juga belacan.

•Tambahkan sos tiram dan asam keping dan masak sehingga sambal agak kering.

•Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaulkan.

•Sedia dihidangkan



Salam Jumaat semua.....

Wednesday, August 13, 2014

Pizza cincai


Sambil belek-belek stok barang makanan dalam peti ais, tetiba... ting!! dapat idea nak buat pizza versi cincai versi ikut dan kata orang kampung... hehehe...   buat 5 keping, 2 keping untuk sarapan dan bakinya frozenkan.... bila-bila teringin nak makan nanti boleh bakar semula... senang kan?


HOMEMADE PIZA

Bahan sos :

25gm campuran rempah piza }
30 gm gula }
200 gm paste tomato }
(dlm tin eg:Leggos~ada kat Giant)

Cara: campur kesemua bahan, gaul sebati & perap 4-5 jam

atau  

kalau tiada campuran rempah pizza boleh buat sendiri begini....

1 1/2 sudu minyak zaiton
1 biji bwg putih
1 biji bwg besar
200 gm tomato paste
1/2 sudu gula
garam secukunya
1 sudu kecil oregano
3 helai daun bay

Bahan-bahan yang perlu : roti tortilla atau roti pita, lada benggala, sosej, sandwich burger Ayamas (digoreng dan hiris kecil), keju mozarella parut untuk ditabur atas piza. 

Caranya :  Sediakan tortilla, sapu sos piza dan susun bahan-bahan tadi di atanya.  akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan bakar.




Sedia dimakan panas-panas... nyum nyum...


Tuesday, August 12, 2014

Biskut 'Blooming Flakes'


16 Syawal sudah... biskut raya masih ada berbaki sedikit lagi.... wah! masa inilah biskut yang tinggal 2,3 ketul menjadi rebutan anak-anak... sedap juga rupanya makan serdak biskut raya ni...kata eqa sambil menjilat-jilat jari telunjuknya yang dicelupkedasar bekas kukis... alahai kesiannya...InsyaAllah esok emak buatlkan yer sayang.... janji emak kepada anak daranya walaupun sebenarnya emak sangatlah malas nk mengukis.... 




BISKUT BLOOMING FLAKES
Resipi : Cikgu Norzihan adik k.gee

Bahan-bahan :-

250gm butter
1 ½ cawan gula castor
2 ½ cawan tepung naik sendiri
1 ½ cawan cornflakes (hancurkan kasar/ramas)
1 cawan cornflakes untuk hiasan
Paper cup secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan cornflakes yang dihancurkan tadi.  Gaul rata
  3. Canai dan terap bentuk bunga.  Hiaskan dengan kepingan cornflakes di atasnya.
  4. Bakar pada suhu 175 C selama 15 minit.

Thursday, August 7, 2014

Nasi impit kuah kacang


Ketupat atau nasi impit sama kuah kacang memang menu sinonim di hari raya... zaman dulu-dulu kena menganyam daun kelapa untuk buat ketupat... pernah juga terjadi ketupat tidak keras-keras malah menjadi bubur sebab tak cukup isi beras dalam anyaman... sekarang tidak susah lagi nak makan ketupat... beli saje ketupat segera tak perlu cari daun kelapa, tak perlu anyam menganyam tak perlu sukat beras... beli dan rebus... hanya perlu sediakan kuah kacang atau apa-apa bahan pencicahnya.... mudah kan?  


K.gee pernah belajar menganyam ketupat dengan arwah nenek dulu sampai berbelit-belit jari jemari... terhegeh-hegeh... puas lilit sana lilit sini... kadang-kadang jadi ketupat satay, kadang-kadang jadi ketupat bawang... kadang-kadang langsung tak menjadi.... hehehe... masa nak shooting kelmarin, k.gee cubalah kot-kot skill menganyam tu ada lagi... cer tengok ketupat daun kelapa tua k.gee tu menjadi tak..? haha...


Itu ketupat daun main-main saje... yang dalam mangkuk tu bukan ketupat daun kelapa tapi ketupat segera @ nasi impit gitu... beli, rebus dan makan... Kuah kacang tu encik Laling yang tolong buatkan kerana kebetulan hari itu jari k.gee terluka... terus k.gee jadi pengarah je suruh hb buat itu dan ini... k.gee tolong kacau-kacaukan kuahnya dan tolong rasa... wah! sedap kuah kacang encik Laling... caya lah...


RESIPI KUAH KACANG


Bahan-bahannya :

200 gm kacang tanah - digoreng bersama minyak hingga garing dan blender
Air secukupnya
Garam dan gula
Asam jawa
1 batang serai dititik

Bahan kisar :-

4-5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
10-20 tangkai cili kering

Cara-Cara:-

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan2 kisar dan serai yang dititik hingga garing dan bangkit baunya.

2. Kemudian, masukkan kacang tanah yg dikisar tadi. Kacau perlahan2.

3. masukkan pula air asam jawa dan air secukupnya. .

4. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih hingga kuah pekat.

5. Sedia dihidangkan bersama nasi impit.


Aura Raya masih ada lagi kan... jom pekena nasi impit kuah kacang....

Wednesday, August 6, 2014

Cucur semanis kurma


Terlanjur stok kurma masih ada berbaki, k.gee pon godek-godek buatkan cucur untuk iftar kami berdua semalam... kunyah panas-panas dengan irama krap krup krap krup tepung yang garing dan rangup... sedapnya... menu yang cepat dan ringkas saje bertemankan teh-o panas sebelum makan nasi berlaukkan ikan goreng berlada dan kobis masak lemak putih... alhamdulillah kenyang perut...


Sebenarnya banyak menu yang boleh dibuat berasaskan buah kurma, k.gee sempat skodeng kat SINI dan SINI... jus kurma pun ada di SINI... menarik kan? bila berkesempatan bolehlah mencubanya nanti... 


RESIPI CUCUR KURMA


10-20 biji buah kurma (dibuang biji)

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
Sedikt marjerin
Garam dan minyak masak

Cara :-

Gaulkan kesemua tepung bersama marjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Tambahkan air dan garam dan jadikan batter seperti tepung goreng pisang. biarkan pekat sedikit. Celupkan kurma dengan batter dan goreng garing. Angkat dan sedia untuk dihidang.



Nah! satu troli kurma untuk anda...!

Tuesday, August 5, 2014

Pegedil Daging


Salam Syawal ke 9... tahniah kepada yang sudah selesai menunaikan puasa 6... k.gee baru nak mula berpuasa hari ini.... Mudah2an Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan... Bila berpuasa di kalangan orang tidak berpuasa ni, cabaran dan dugaan lebih terasa.... maklumlah semerbak bau aroma nasi lemak ayam goreng menu sarapan pagi rakan sepejabat di pantri bagai menggigit-gigit lubang hidung... maklumlah sudah agak lama tak menanak nasi lemak... terguggat juga lah iman sekejap... sabar... sabar...
  

Nak tayang menu hari raya memang tak dapek lah nampaknya... memang tak sempat nak menembak pon... Pegedil daging ini menu di bulan puasa itu hari... makan bersama bihun sup... biasanya kalau buat pegedil k.gee buat berlebih-lebih sikit sebab anak-anak suka makan begitu sahaja dicicah sambal kicap... memang sedap...



PEGEDIL DAGING

Bahan-bahan :-


3 biji kentang (saiz sederhana, buang kulit & hiris anggaran 1/2 in tebal)
200 gm daging dicincang halus
1 sudu teh lada hitam - tumbuk halus
Garam
Bawang goreng
Daun bawang
1 biji telur (dipukul untuk menyalut begedil )
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.

2. Masukkan daging yang cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam, lada hitam, bawang goreng dan daun bawang yang dihiris halus.

3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan dileperkan. Buat sehingga habis.

4. Celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.

SAMBAL KICAP

Bahan2


2 ulas bawang putih
10-15 biji cili api
2 sudu besar gula
Kicap manis


Cara2

Curah semua bahan dalam blender dan kisar. Kalau suka boleh perahkan sedikit limau nipis sebelum dimakan bersama bihun sup atau soto.  

 

Kacau dodol di pagi hari
Keliling rumah pasang pelita
Hari ini masih Aidil fitri
salah dan silap maaf dipinta...

hehehe....


Monday, August 4, 2014

Semarak Eidul Fitri 1435H


Assalamualaikum...
Salam 8 Syawal 1435H... masih dalam mood berhari raya ke... ? haah! sudah tinggal habuk....? haha...tak mengapa.... malam nanti boleh godek2 lagi kan... k.gee pun baru plan nak membaking... raya baru ini tak sempat nak buat kek sedap... hari ini teringin pulak nak buat kek fesyen lama... kek guna marjerin.... tunggu yer sudah siap nanti boleh tayangan kat sini.... sambil2 tu bolehlah cuci mata tengok gambar-gambar raya k.gee yg tak seberapa ni.... heheh 


Kami beraya di kampung mertua di Felda Lurah Bilut, Bentong... seronok beraya di sini kerana masih mengekalkan suasana raya ala kampung ziarah menziarahi dan bertakbir rumah ke rumah...


Anak-anak k.gee yang sudah remaja belaka... 


Bersama sepupu sepapat mereka... setiap tahun berposing ber7...


Mertua k,gee yang sentiasa ceria bersama anak menantu cucu cicit... ramai sebenarnya tapi yang lain tak sempat bergambar... memasing sibuk....


Anak dara siapa ni... ?cute macam mama dia kan...? hehe


Salam Lebaran buat semua
Maaf Zahir dan Batin...

p/s: cantik tak orkid tiger kat belakang tu,,,,?

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015